? ??????????????Love Is Strange? ????? ?????? ???Rating: 4.6 (21 Ratings)??171 Grabs Today. 17009 Total Gr
abs. ??????Get the Code?? ?? ?????Green Fumes? ????? ?????? ???Rating: 4.3 (204 Ratings)??125 Grabs Today. 42443 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Dusk For The Ambitious? ? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, December 10, 2009

Sesuatu untuk difikirkan bersama-sama..

Salam bahagia.. Saya baru mendapat satu email daripada seorang kawan. Ada sesuatu yang menarik perhatian saya dan boleh dikongsikan bersama. Cuba kita baca dan hayati bersama-sama.

Tajuk: Law of the Garbage Truck

One day I hopped in a taxi and we took off for the airport. We were driving in the right lane when suddenly a black car jumped out of a parking space right in front of us. My taxi driver slammed on his brakes, skidded, and missed the other car by just inches! The driver of the other car whipped his head around and started yelling at us. My taxi driver just smiled and waved at the guy. I mean, he was really friendly. So, I asked, "Why did you just do that? This guy almost ruined your car and sent us to the hospital!" This is when my taxi driver taught me what I now call, "The Law of the Garbage Truck."
He explained that many people are like garbage trucks. They run around full of garbage, full of frustration, full of anger, and full of disappointment. As their garbage piles up, they need a place to dump it and sometimes they'll dump it on you. Don't take it personally. Just smile, wave, and wish them well, say a prayer for them and move on. Don't take their garbage and spread it to other people at work, at home, or on the streets. The bottom line is that successful people do not let garbage trucks take over their day.
Life's too short to wake up in the morning with regrets, so . . . love the people who treat you right. Forgive the ones who don't. We're not always responsible for everything that happens to us, but we are responsible for how we react to what happens. Life is ten percent what you make it and ninety percent how you take it! Have a wonderful, garbage-free day!!!!!!!

Tuesday, December 8, 2009

Musim cuti dan bercuti

Salam bahagia dan sejahtera. Selamat bercuti kepada semua rakan-rakan guru dan pelajar. Musim cuti sekolah dah sampai ke pertengahannya. Ada lebih kurang tiga minggu lagi sebelum bermulanya tahun baru dan semester baru. Alhamdulillah kita semua sihat dan sentiasa dalam perlindunganNYA.
Persoalannya....Adakah guru-guru benar-benar bercuti? Ada pelbagai jawapan kan? Ada yang benar-benar bercuti dan menikmatinya mengalahkan anak murid. Ada yang separuh-separuh dan ada yang langsung tidak dapat menikmatinya. Menikmati cuti bukan bermakna kita terus bebas tanpa beban tugas. Cuti yang bermakna bukanlah masa yang panjang tetapi bagaimana kita melalui dan mensyukuri nikmat cuti walaupun pendek.
Bagaimana cuti saya? Minggu pertama cuti saya habiskan di bilik peperiksaan. Menguruskan streaming dan data TOV tingkatan 2, 3 dan 5 2010. Minggu kedua rasa nak rehat di rumah tetapi ada juga tugas yang perlu dibuat dan diselesaikan di sekolah. Di rumah pula saya sibuk menanda eviden PEKA dan menyiapkan modul mata pelajaran saya untuk tahun 2010. Jalan-jalan makan angin tinggal rancangan sahaja. Cuaca musim tengkujuh buat saya dan rakan tangguhkan rancangan perjalanan. Bagaimanapun saya syukuri nikmat cuti ni. Sekurang-kurangnya dapatlah saya menyiapkan menanda eviden PEKA, menjahit baju yang kainnya dah lama dibeli, berkumpul dan santai bersama ahli keluarga dan memasak untuk keluarga. Satu perkara yang buat saya berpuashati apabila dapat mengecat dan mengemas bilik anak bujang saya. Harap dia suka dan menghargai penat lelah saya.
Nampaknya minggu ni dah tamat secara tidak rasmi musim cuti saya. Maklumlah minggu depan saya dah mula kuliah kelas sarjana saya dan pada masa yang sama saya perlu menghadiri mesyuarat di Klang. Tapi saya yakin bahawa yang penting bukannya panjangnya masa cuti tetapi bagaimana kita mengisi masa cuti dengan penuh bermanfaat. Bagaimana mungkin kita nak cuti dan rehat yang panjang sedangkan hidup ini singkat je.

Friday, November 13, 2009

Salam bahagia dan salam paling bahagia. Dah lama tak buka blog ni. Kata laluan pun dah hampir terlupa. Alhamdulilah masih boleh ingat dan mampu menulis lagi. Bukan hilang kemana tetapi hampir kehilangan masa untuk untuk diri sendiri. Bila dah terlalu sibuk dan terlalu banyak tugasan, maka kita mula menyenaraikan kepentingan tugasan. Akhirnya kehendak diri terletak dalam senarai yang paling bawah.Bersyukur kerana anak dan keluarga amat memahami dan sentiasa memberikan sokongan. Saya juga masih boleh bekerja dengan ceria.
Hujung-hujung tahun persekolahan ni, mungkin orang ingat guru-guru dah relaks dan melepak di sekolah tetapi hakikatnya kami berhempas pulas pula menyiapkan tugasan akhir tahun dan menyediakan perancangan tahun hadapan. Pentadbir pula....fuh...agak nak bawa tikar bantal ke sekolah... Apa pun saya tabik kepada semua yang bergelar pentadbir sekolah....
Alhamdulilah, telah tamat satu semester pengajian sarjana di UTM. Sekarang sedang bercuti maka saya ambil kesempatan ini untuk menyiapkan tugasan tahun 2010 yang memang pasti perlu dilaksanakan. Tugasan sebagai setiausaha PPMP kimia untuk 2009 telah saya siapkan dan akan email pada rakan-rakan panel. Laporan PEKA negeri telah lama siap. Sijil PEKA murid, insyaallah minggu depan akan saya siapkan. TOV tingkatan 2, 3 dan 5 2010, telah diagihkan. Insyaallah minggu depan siap. Eh! Banyak lagi rupanya. Perancangan strategik, PK05 SPSK, streaming, menanda eviden PEKA dan yang bakal tiba...SPM 2009. Siapa kata jadi cikgu kerja setengah hari? Saya kerja 24 jam. Tidur pun dah jadi keperluan utama supaya saya jadi lebih inovatif dan cergas esoknya.
Alhamdulilah juga kerana seorang pelajar saya berjaya berada di kedudukan utama dalam Kuiz Kimia Kebangsaan Malaysia 2009. Siapa jangka, seorang pelajar dari sekolah biasa yang pelajar-pelajarnya biasa sahaja, guru-gurunya juga biasa tetapi mampu mengatasi pelajar hebat dari sekolah yang lebih hebat yang guru-gurunya juga hebat. Jelaslah kejayaan adalah milik orang yang berusaha. Tahniah untuk Hoe Hui Huang dan tentunya untuk ibunya yang sabar melayan kerenahnya..
Anak saya pula...keputusan UPSR insyaallah akan keluar minggu hadapan. Berdebar tapi saya pasrah. Saya terima anak saya seadanya. Perjalanan dia masih jauh. Anak lelaki...biasalah...liat mengadap buku macam disuruh mengadap bom. Apapun bila kita sentiasa usaha yang terbaik, tahu mensyukuri nikmat dan pemberian Allah nescaya kita akan menikmati ketenangan dan kebahagian. Insyaallah..

Monday, August 17, 2009

Hidup dan ujian...

Salam bahagia dan semoga kita semua bahagia.Melalui kehidupan harian yang separuh rutin kadang-kadang buat kita rasa tertekan dan bosan. Mencipta satu laluan kehidupan yang baru kadang-kadang buat kita seronok tapi bimbang dengan keputusan yang dilalui. Betul atau tidak tindakan kita, tepat atau sebaliknya, semua tertanggung di bahu sendiri. Kita yang melaluinya. Jika indah kita suka dan rasa bahagia. Kadang-kadang hingga terlupa untuk mensyukuri nikmat Allah.
Kadang-kadang kita lupa bahawa rasa seronok, indah dan suka juga sebenarnya satu ujian. Jika jalan hidup yang kita ambil tidak bahagia dan menyeronokkan kita, maka kita tangisi dan kesali, kita rasa Allah beri ujian dan balasan buat kita. Adakah yang buruk saja Allah beri sebagai ujian?Pernah terfikirkah kita bahawa orang yang pernah kita sayangi, cintai dan sanjungi, satu ketika nanti akan menyakiti dan mengkhianati kita? Cinta dan kasih sayang tiba-tiba berubah setelah banyak kita korbankan untuknya. Mengapa? Mungkin kerana terlalu sayang hingga lupa cinta utama kita adalah Allah.
Mengenali seorang wanita yang boleh dipanggil adik, anak perempuan kesayangan ibu dan ayah, adik dan kakak kepada adik beradik lelaki yang berjaya. Dia bertuah memiliki keluarga yang erat hubungan dan kasih sayang. Kerana cinta, dia menolak mengulang menduduki SPM dan menyambung pelajaran agar masa depan lebih bermakna. Dia mengejar cinta lelaki yang pelajarannya setakat PMR. Menangis ibu dan ayah menerima kehendak dan keputusan anak. Dia berkahwin dan melahirkan anak seorang demi seorang. Dalam usia yang muda dia bekerja membanting tulang demi suami dan anak-anak. Tangan yang lembut menjadi kasar, wajah muda bertukar seperti wanita pertengahan usia. Demi cinta kepada suami dan anak-anak, dia berjuang untuk hidup.
Kesabaran dan ketabahannya menghadapi kesukaran hidup menjadikan saya lebih mensyukuri nikmat Allah. Saya jauh lebih beruntung. Kisah terkini yang saya terima tentangnya, dia lebam-lebam dipukul dan dibantai suami. Mengangis lagi ibu dan ayah mengenang nasib anak. Begitu malangnya dia menjadi wanita dan isteri. Mungkin benar pendapat seorang bapa, "Saya tidak bimbang jika anak perempuan saya tidak bersuami, tetapi saya bimbang jika anak perempuan saya tidak berilmu dan mempunyai pekerjaan..".
Bukan hilang kepercayaan kepada institusi keluarga dan perkahwinan tetapi hilang kepercayaan kepada lelaki. Apabila manusia tidak mengamalkan ajaran Islam seperti solat wajib lima waktu, membaca dan memahami Al-Quran, maka apalah yang ada padanya? Tanpa iman, lelaki tidak boleh dijadikan ketua atau suami, dia selalunya hilang pedoman, lupa tanggungjawab, dosa dan pahala. Saya percaya lelaki yang sentiasa ingat Allah dan menjalani suruhanNYA, anda adalah seorang anak, suami dan bapa yang baik dan bertanggungjawab. Sayangi dan hargai apa yang Allah anugerahkan kepada anda. Semoga kita semua bahagia di dunia dan akhirat.

Sunday, August 16, 2009

Kehilangan..

Terkejut dan tidak percaya dengan berita yang diterima pagi ini. Panggilan telefon daripada seorang sahabat dari Kedah benar-benar buat saya gementar dan menggigil. Salah seorang rakan tewas dengan H1N1. Sedih dan rasa sepi. Dua orang rakan saya hubungi. Masing-masing amat terkejut dan tidak menyangka. Saya bukan begitu rapat dengan allahyarham tetapi kami sama-sama mengenali satu sama lain dan bekerja bersama-sama dalam sesuatu tugasan. Saya percaya semua rakan dari seluruh Malaysia bersedih apabila mendapat berita ini hari ini. Terbayang wajah dan terdengar-dengar bicara sopannya. Sumbangan dan baktinya dalam pendidikan kimia tidak terhitung. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.H1N1 entah bila akan berakhir. Entah siapa lagi korbannya selepas ini.Hanya Allah saja Maha Mengetahui.

Saturday, August 15, 2009

Gerak hati...

Salam bahagia dan ceria. Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang dan ruang untuk menikmati kehidupan yang ceria dan bahagia. Pernah dengar atau sebut peribahasa ni..."ikut hati mati, ikut rasa binasa". Dalam mengambil atau membuat sesuatu keputusan, biar berdasarkan akal fikiran yang waras dan rasional bukan hati dan rasa. Tapi kadang-kadang perlu juga ikut gerak hati.
Apa beza gerak hati dan kata hati? Macam lebih kurang sama je. Pandangan dan pendapat saya, apabila kita hidup dengan mengamalkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah, membuat penyerahan kepadaNYA dengan sepenuhnya, setulusnya maka ikutlah gerak hati. Bukankah Allah Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Pengasih dan Penyayang?
Dalam perjalanan saya untuk berkongsi ilmu dengan anak-anak pelajar di Bandar Penawar, saya perlu bertolak dari rumah seawal jam 4.45 pagi. Hari masih gelap dan jalan masih sunyi. Bertemankan mak dan anak, saya mulakan perjalanan dengan penuh penyerahan kepadaNYA. Melalui jalan gunung yang gelap, tidak rata dan bengkang-bengkok agak mencabar untuk wanita tetapi saya yakin niat yang baik akan sentiasa mendapat pertolongan Allah. Apabila telah masuk waktu subuh, mak mula minta dicarikan masjid atau surau. Hati saya juga tidak tenang kerana ada kewajipan utama kepada Allah perlu ditunaikan. Dalam kepekatan gelap dan di tempat yang agak asing, bimbang juga menjelma masjid yang bukan milik manusia. Dalam hati sentiasa berdoa 'Ya Allah..permudahkanlah urusanku..'.
Tiba-tiba (macam suspen la pulak) kami nampak papan tanda "masjid 100 m" dengan tanda anak panah ke dalam. Mak memang suka tapi gerak hati saya kata teruskan lagi perjalanan. Mak dah mula bising malah mula menyarankan beli alat yang boleh cari kedudukan masjid macam yang adik pernah cerita. Huh! Kalau setakat jalan dekat-dekat sekitar Johor rasanya tak perlu lagi alat canggih tu. Selepas 10 minit perjalanan, kami jumpa sebuah surau yang letaknya di tepi jalan. Walaupun hanya surau tetapi keadaanya yang bersih dan terurus memudahkan urusan musafir untuk menunaikan tanggungjawab kepada Ilahi. Bukankah gerak hati tadi tepat? Allah berikan gerak hati agar kita sampai ke tempat yang lebih selamat dan selesa. Maka tak perlulah alat canggih yang disarankan mak. Bukan tak penting tetapi buat masa ini belum perlu sangat. Bukan itu sahaja, sebenarnya banyak gerak hati yang betul dan tepat pernah saya lalui. Alhamdulillah semuanya tidak memudaratkan. Yang penting kita perlu bersihkan hati dan lakukan penyerahan kepada Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA. Semoga kita semua tetap di dalam keimanan dan perlindunganNYA.

BAHAGIA...


Hi! Salam bahagia dan paling bahagia untuk semua. Apapun yang kita buat hari ini, saat ini, pastinya dengan satu matlamat akhir "untuk bahagia di dunia dan akhirat".Agak lama saya tidak menulis diruangan ini. Agak sibuk dan jadual yang agak padat. Sekarang dah mula terasa 'kaki jumpa tangan dan tangan jumpa kaki". Kah! Kah! Kah!... Tapi saya bahagia dengan cara kehidupan baru ni. Terasa muda semula. Sekarang pun masih muda lagi...
Hari ini kali pertama saya sampai ke Bandar Penawar di Kota Tinggi. Menyampaikan ilmu dalam program kecemerlangan untuk pelajar-pelajar di sana. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan dan penyampaian. Walaupun anak tekak ini masih belum sembuh. Suara masih serak-serak basah ala itik serati. Sakit tetapi rasa puas hati dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Ilmu yang Allah beri untuk dikongsi dan dimanfaatkan bersama-sama. Mudah-mudahan ilmu yang ada dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar dan guru yang terlibat.
Hi! Akob @ Mr Jacob...Apa agaknya cerita di tempat baru. Tentu disana tiada yang bersuara lemak merdu ala-ala laser. Pasti tiada kerana manusia itu unik. Tiada yang sama. Karakter manusia adalah istimewa, unik dan tersendiri. Sebab itu jika ada orang yang boleh menerima diri kita seadanya, maka hargai dan syukuri nikmat Allah. Bila kita syukuri nikmatNYA pasti akan ditambah lagi nikmat-nikmat yang lain. Rezeki bertambah, urusan hidup pun dipermudahkan. Hati menjadi lapang dan fikiran tenang. Bukankah hidup ini matlamatnya untuk BAHAGIA? Mudah-mudahan apa jua keputusan dan tindakan kita akhirnya akan menjadikan kita semua BAHAGIA di dunia dan akhirat. Amin....

Thursday, July 16, 2009

Misterinya.....

Hidup ni misteri.
Manusia pun kadang-kadang misteri.
Rasa dan perasaan lagi misteri.
Apa yang misteri sangat?
Sukar ditafsir dan dinilai.
Apa yang kita ada dan kita miliki adalah kurnia dari Allah.
Dianugerahkan sebagai ganjaran atau sebagai ujian, tiada siapa yang tahu.
Maka kita harungi hidup ini seadanya dengan penuh redha.
Bila kita rasa hidup kita lengkap punya keluarga yang PALING LENGKAP dalam terjemahan kita maka syukuri nikmat dan kurnia Allah.
Usah pula pandang serong pada yang tidak memiliki atau mengata pada yang tidak punya keluarga lengkap.
Kita tidak pernah tahu apa jalan hidup kita pada masa akan datang.
Hari ini kita punya keluarga besar entah esok lusa Allah takdirkan kita bersendirian.
Hari ini kita sihat entah esok lusa kita sakit.
Tentang rasa dan perasaan, anugerah Allah juga kan?
Apa yang boleh saya tulis disini, tak terungkap dengan kata-kata.
Wanita diberikan gerak hati yang kuat.
Gerak hati saya yang pertama dulu benar dan nyata.
Telah terbukti dan dibuktikan.
Yang ini pun rasanya benar juga.
Tapi siapa dia?
Anda tak faham?
Memang tak nak bagi orang faham pun.
Dah namanya pun misteri...

Khamis yang bahagia...

Salam bahagia dan salam paling ceria. Alhamdulillah hari ini kita diberi peluang lagi untuk menikmati udara yang Allah cipta untuk makhlukNYA.
Hari ini khamis, 16 Julai 2009, hari untuk aktiviti MGC. Maaf untuk rakan-rakan GC sebab tidak dapat hadir. Mengendalikan Kuiz Kimia Kebangsaan di sekolah. Khamis hadapan? Maaf sekali lagi, terlibat dalam pembinaan modul pengurusan makmal di Batu Pahat. Khamis yang seterusnya? Nampak gaya macam maaf sekali lagi, jabatan memaklumkan ada bengkel di kementerian. Macam sibuk nampaknya... Sibuk tetapi saya bahagia.
Kuliah di UTM? Alhamdulillah setakat ini segalanya berjalan lancar. Saya dan rakan bersemangat dan berkobar-kobar mengharungi kehidupan yang lebih indah sebagai pelajar sarjana. Seronok. Itu yang dapat saya nyatakan. Kerja kursus? memang ada tapi kami menerima dengan hati terbuka. Dan yang paling seronok sekali kami telah ada idea tentang tajuk tesis kami nanti. Harapan kami agar semangat belajar yang begitu tinggi ini akan terus tetap di hati kami...

Thursday, July 2, 2009

Hari baru...

Salam amat bahagia dan sejahtera. Hari ini 2 Julai 2009, hari pendaftaran saya sebagai pelajar post-graduate di UTM Skudai. Rasa seronok dan gementar dengan cabaran hidup baru yang kami (saya dan kawan) cipta. Mencuba hidup sebagai guru dan pada masa yang sama sebagai pelajar. Pandangan rakan-rakan sekerja, ada yang geleng kepala (pelik agaknya dengan orang macam kami) tapi ada juga yang mengucapkan syabas dan memberikan semangat. Kepada seorang sahabat rapat saya katakan, agaknya saya gila kot sebab bebanan tugas sudah banyak tetapi menambah lagi tetapi dengan 'gentlemen' dia menjawab, bukan gila tetapi gila-gila. Saya pun tidak menjangka kursus yang saya pilih sama dengan kursus sarjananya. Kebetulan yang buat kami sama-sama ketawa. Sendiri faham laa..
Alhamdulilah proses pendaftaran berjalan lancar dan urusan kami dipermudahkan. Alhamdulillah. Kursus yang kami pilih,,,5 orang sahaja pelajarnya...redah jelah...Yang mengejutkan, saya ditakdirkan bertemu rakan sepermainan semasa kecil dahulu di kampung. Kawan sama-sama 'merempit' basikal, meredah belukar, menggodak parit dan macam-macam lagi. Tidak sangka Tini masih mengenali saya setelah 27 tahun kami tidak pernah berjumpa. Sekali lagi Alhamdulillah beliau membantu kami menguruskan pendaftaran kenderaan kami. Esok dan Sabtu taklimat di UTM. InsyaAllah kami akan hadir dan meneruskan cabaran baru di tahun 2009 hingga 2012. InsyaAllah.

Wednesday, June 24, 2009

Semester sibuk...

Salam bahagia dan ceria. Sudah lama tidak menulis dalam ruangan ini. Sibuk atau dua huruf yang selalu ditulis bersama 'BZ'. Semester kedua persekolahan telah bermula.Boleh dikatakan semester akademik. Peperiksaan awam semakin hampir. Pelbagai strategi perlu diatur agar pencapaian pelajar, mata pelajaran, sekolah akan meningkat. Keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang baru lalu sudah tentu menjadi kayu ukurnya. Sukatan pelajaran perlu diselesaikan. Kelas tambahan perlu dijalankan.Masa di sekolah perlu dipanjangkan. Kualiti pengajaran dan pembelajaran perlu ditingkatkan. Doa ibu bapa perlu diperbanyakkan. Maka apa yang kita lihat masih selamba? Anak-anak murid kita. Yang rasa tiada apa-apa perlu berubah atau berubah. Sering tidak hadir, belum lagi mahu berubah. Letih? Ada istilah letih untuk guru? Ada tapi tidak terucap... Sehingga ruangan ini di tulis pun ada rasa letih dan lesu yang teramat tetapi ada senarai panjang tugasan yang perlu disiapkan. Esok ke Muar? Itu yang mungkin dan pasti. Tugasan lain menanti. Tanggungjawab kepada rakan sekerja. Mudah-mudahan Allah beri kekuatan, kesihatan dan kemudahan dalam menjalankan tugas-tugas ini. Amin...

Sunday, June 7, 2009

Pengkritik hebat.....

Salam paling bahagia buat semua. Semoga hari-hari kita bahagia dan ceria. Untuk ceria dan bahagia kita perlu positif dalam semua aspek kehidupan. Kalau tak mampu semua pun, dapat 80 peratus pun kira ok. Baru-baru ini seorang kawan bercerita dan meluahkan kepada saya. Begini antara luahannya.:
" Saya rasa tertekan dengan seorang rakan ni. Saya dah cuba positifkan diri dan terima apa pun secara positif tetapi yang ini tak boleh. Rasa marah, geram dan tertekan. Selama ni apa saja tindakan dia saya terima saja. Kali ini dia pergi mengadu kepada Pengetua yang program yang saya buat dan rancang banyak tidak betulnya. Macam-macam kritikannya dan dia mengadu yang saya tidak buat tugas atau tidak ada kerja di sekolah".
Saya cuma tersenyum dan ketawa. Yalah takkan saya nak curah minyak ke dalam api. Saya tanya juga, baru sekarang ni ke kena buat tugasan dengan dia. Jawapannya ya. Patut la...kira baru terkena la tu. Anda rasa apa reaksi dan jawapan saya selepas itu? Saya bukan seorang kaunselor dan bukan pula seorang yang penyabar, jadi bagaimana dan apa yang saya buat untuk kawan saya rasa lega? Saya kongsi pengalaman saya pula dengan dia. Pengalaman saya dikritik oleh si pengkritik hebat ni. Kira mengapikan juga ke? Peduli apa, dah tentu saya bukan kaunselor.
Si pengkritik hebat ni memang hebat mengkritik. Kerja dia mengkritik sahaja. Tidak pernah memberi pandangan membina. Bagi saya si pengkritik hebat ni berjiwa besar tetapi berakal singkat. Dia cemburu melihat kejayaan dan keupayaan orang lain. Dia bimbang orang lain akan lebih popular sedangkan dia tidak mampu menandingi atau tidak pernah berusaha untuk menandingi dengan cara yang sihat maka dia cuba mencantas orang tersebut. Caranya, tentu sekali dengan mengkritik dan mengutuk individu berkenaan. Kerja orang tak pernahnya betul. Salah saja. Jika ada 150 orang guru di sekolah maka 149 orang semua salah. Seorang je yang betul iaitu dialah.
Saya malas nak senaraikan apa juga kritikan dan kutukan dia terhadap tugas-tugas dan kerja saya, buat saya sakit hati je. Tapi yang akan saya ingat sampai bila-bila adalah 'ayat-ayat cinta ni': "Bukan susah sangat jadi setiausaha peperiksaan, setakat buat jadual pekse je". Amboi sedapnya mulut bercakap. Orang bijak pandai ada berkata, kalau tak tahu lebih baik diam, jika tidak cuma akan menunjukkan kebodohan dan kedunguan kita je. Kalau tugas SU peperiksaan setakat buat jadual pekse, mengapa ramai orang tidak sanggup memikul tugas ini? Mengapa pernah dicadangkan oleh persatuan guru agar jawatan ini dijadikan jawatan hakiki di sekolah dan diberikan elaun? Kalau setakat buat jadual pekse je, baik bagi je pada pelajar. Boleh juga kan?
Pernah juga rakan-rakan guru bertanya, saya ada dapat elaun sebagai SU peperiksaan? Jawapannya tentu tidak. Waktu mengajar kurang 4 waktu je daripada orang lain. Jawapan mereka, lebih rela mengajar lebih waktu daripada jadi SU peperiksaan. Ada juga yang menyebut jawatan SU peperiksaan adalah 'kerusi panas'. Sesiapa yang memegang tugas ini pasti akan terus naik pangkat. Terima kasih atas doa anda. Saya percaya daripa 150 orang, 148 orang tahu dan faham tugas-tugas saya. Amin...
Kepada rakan saya yang pernah menerima kritikan dan kutukan daripada si pengkritik hebat ni, besyukurlah sebab anda di kritik. Ini bermakna anda telah melaksanakan tugas yang baik dan peranan anda begitu bermakna di tempat anda bertugas. Bersyukurlah kerana pahala anda turut bertambah. Rezeki juga semakin bertambah. Yalah, rezeki bukan dalam bentuk duit sahaja, kesihatan yang baik juga rezeki. Orang yang suka mengkritik negatif (pengkritik positif bagus) dan mengutuk orang ni, pahalanya akan diberi kepada orang yang dikutuk. Seronok apa dapat pahala free. Bila pahala kurang, rezeki pun kurang. Tu yang asyik cuti sakit je. Ye la sakit dalam hati lama-lama akan bawa sakit pada tubuh. Jadi kurang-kurangkanlah sakit hati pada orang lain.
Moga-moga kita akan sama-sama berusaha untuk kebaikan diri, orang lain dan persekitaran. Untuk menjdi hebat kita perlu berfikiran hebat. Jangan lupa manusia boleh dibahagikan kepada tiga kelas:
1. Kelas rendah: Orang yang sibuk bercerita tentang orang lain. Ada saja modalnya.
Dalam kain orang semua dia tahu. Kalah wartawan gosip hiburan. Ada je
tak betulnya orang lain.
2. Kelas sederhana: Orang yang bercerita tentang peristiwa. Kira macam pengulas la.
Selalunya orang macam ni dah tiada topik nak cerita. Kira bagus sikit
daripada yang di atas.
3. Kelas tinggi: Orang yang bercerita tentang kejayaan dan bagaimana perancangan untuk
berjaya. Ada misi dan visi dalam hidup. Sentiasa sibuk untuk mencapai
misi dan visinya. Tapi bukan orang yang angan-angan mat jenin.
Golongan ini biasanya kurang bercakap dan tak aniaya orang.
Anda tergolong dalam kelas yang mana? Semoga kita sama-sama bahagia dan ceria dalam mengejar impian dan cita-cita kita. Semoga kita juga bahagia dalam melayari kehidupan bahagia kita. Cemburuilah kejayaan orang lain untuk dijadikan pendorong kejayaan kita..

Friday, June 5, 2009

Cuti dan 'shopping'...

Salam bahagia dan sejahtera buat semua. Dah lama saya tidak menulis dalam ruangan blog saya. Peminat setia blog saya, gorgon pasti ternanti-nanti. Bukan saya tidak mahu buka ruangan 'comment' tetapi tok guru ICT saya belum ajar lagi. Masih hidup lagi tok guru ICT saya tu cuma pengajian belum tamat. Dah lama juga saya tidak melayari internet. Lebih kurang 5 hari. Lama tu...bagi saya memang lama. Cuti kan? Cuti dari pergi sekolah je. Hakikatnya saya masih membuat kerja-kerja sekolah. Menanda kertas jawapan anak-anak murid saya sambil menganalisa seorang demi seorang dan mencari satu kaedah dan jalan penyelesaian bagi mereka untuk menguasai mata pelajaran yang saya ajar...Chemistry. Hasilnya....tunggu....buah tangan untuk anak-anak murid saya untuk menghadapi SPM 2009.
Cuti ini bila ditanya kemana destinasinya, jawapan saya mudah dan amat mudah. Ke Benut. Ada yang tertanya-tanya kenapa ke Benut? Dah tiada tempat lain yang istimewa? Benut tak istimewa ke? Amat istimewa bagi saya dan anak. Dia belajar di Benut. Di SRAB Benut. Anak saya tahun enam. Tahun ini UPSR. Maka guru-gurunya berusaha dengan begitu hebat bagi mengekalkan kecemerlangan. Saya pernah berbincang dengan seorang rakan guru. Guru-guru tahun enam ni tak suka cuti atau memang tiada istilah cuti? Sepanjang cuti ada kelas tambahan. Rakan saya menjawab,"Yang bertanya apa kurangnya. Guru-guru tahun 6, selepas UPSR bulan September mereka dah 'slow down' dan rehat di hujung tahun ketika cuti sekolah tetapi ada orang tu, SPM bulan November lepas tu sambung pula mesyuarat dan menanda sampai Januari tahun berikutnya. Ada cuti ke?". Saya tergelak...betul juga tetapi sesuatu kerja jika dilakukan dengan hati yang suka dan redha maka mudahlah jika dilakukan dengan hati yang mengkal maka sukar dan tidak menjadi.
Sempena cuti sekolah ni banyak juga 'surat saman' yang saya terima. Mana yang sempat, saya hadiri yang tak sempat tu minta maaflah. Pening juga nak layan semua. Jenis makanannya pun lebih kurang sama. Yang tinggi kolesterol dan lemak, yang manis berkrim dan macam-macam lagi. Kadang terfikir juga, patutlah rakyat Malaysia dan orang Melayu semakin 'sihat dan sendo' badannya. Nak buat macam mana, itulah menu wajib dalam majlis perkahwinan. Maka kita yang dijemput sebagai tetamu usah banyak 'songel'. Layan je la....dah memang musim mengawan ni. Lepas tu pandai-pandai la jaga badan dan kesihatan. Yang tak sempat hadir, bukan tak sudi tetapi ada halangan.
Bercerita tentang jaga badan dan kesihatan ni, Alhamdulillah pada cuti sekolah ini saya sempat beriadah di waktu pagi. Bukan joging tetapi 'brass-walk' atau jalan pantas. Bukan jalan-jalan. dapat saya perhatikan semakin ramai yang sedar tentang pentingnya senaman. Tidak kira bertubuh kecil, sederhana atau besar, senaman dan aktiviti tubuh amat penting. Ingin kongsi pengalaman, pernah satu pagi sekumpulan anak remaja mengejek seorang wanita bertubuh gempal berjalan. Amat tidak sopan dan kurang ajar rasanya. Satu pengajaran buat saya dan yang lain, jangan tunggu sehingga tubuh menjadi terlalu besar baru nak bersenam. Yang jadi haru apabila baru seminggu bersenam sudah dirasa terlalu lama dan akhirnya kecewa kerana badan tidak susut juga. Bukankah mengambil masa bertahun untuk badan menjadi sendo maka bertahun-tahun juga untuk menurunkannya.
Saya teringat kepada seorang rakan yang mengunjungi London management untuk mengembalikan bentuk tubuhnya. RM8000.00 untuk 20 kali rawatan dan pertemuan. Lain juga orang berduit dan kurang duit. Saya menantikan hasilannya nanti.Pasti suaminya jadi bertambah sayang. Yang bertubuh gempal tu bukannya suami tak sayang, sayang juga tetapi jika diberi pilihan, anda rasa apa jawapan suami? Faham-faham saja la, lelaki akan tertarik kepada wajah, tubuh dan penampilan. Tanya la kepada mana-mana lelaki pun samada yang berduit atau kurang duit. Selepas tiga perkara tadi baru la pandang kepada hati.Jangan salahkan mereka sebab asal kejadian mereka memang begitu. Nak cari yang pandang kepada hati dulu amat sukar sesukar nak cari perempuan yang tidak suka 'shopping'. Ada ke? Kalau ada pasti perempuan tersebut yang telah menjalani pembedahan jantina yang di dalam kad pengenalan dan sijil kelahirannya tertera 'lelaki'. Maka terimalah lelaki dan wanita seadanya..
Bercerita tentang 'shopping' (maaf jika menggunakan bahasa Inggeris.Itu istilah harian kita), saya sempat juga mengaplikasi sifat semulajadi wanita ni.Saya bukan seorang yang boros atau 'shopping-maniac'. Saya seorang yang ringkas dan berpijak dibumi nyata. Saya beli barang ikut keperluan dan kemampuan. Kadang-kadang je ikut kehendak. Itupun setelah banyak dibuat pertimbangan. Duit saya maka suka hati sayalah. Apa-apa pun perlu bijak mengatur kewangan untuk diri dan anak.
Ada juga yang kata saya ni bercitarasa tinggi. Ya ke? Saya hanya boleh memakai kasut yang lembut dan selesa sebab saya dikurniakan kaki yang kulit tapak kakinya tidak sekasar orang lain dan tapak kaki tidak setebal orang lain. Arwah nenek kata seperti kaki ibunya (arwah moyang saya). Saya pernah memakai kasut bertumit tinggi dan yang biasa-biasa saja seperti orang lain dan hasilnya badan saya sakit. Doktor yang merawat saya memberi kata dua, " Pilih, awak simpan duit untuk bayar kos perubatan dan rawatan atau awak beli kasut yang selesa (tentunya agak mahal) untuk jaga kesihatan badan awak". Orang kurang bijak je yang akan membuat pilihan pertama. kebetulan saya juga mampu membuat pilihan kedua. Itupun beli kasut dua tahun sekali. Sepasang kasut yang berharga RM200.00 ke atas dan saya memakainya selama dua tahun setiap hari ke tempat kerja. Tentu berbaloi kan?
Bukan kasut saja, saya juga tidak boleh memakai perhiasan yang bukan emas. Bunyi macam anak orang kaya yang mengada-ngada. Yang tidak mengalami boleh kata macam-macam. Kadang rasa cemburu juga melihat orang lain boleh memakai perhiasan mengikut trend terkini. Saya pun wanita dan tentunya wanita normal. Nasib baik saya bukan jenis wanita yang suka bertukar-tukar barang kemas yang pelbagai maka rasa cemburu dan teringin memiliki pelbagai bentuk dan warna barang kemas agak kurang dan kadang-kadang tiada. Alhamdulillah selamat juga duit poket saya.
Tentang makan pula, saya alahan kepada ayam. Allah dah tarik nikmat tu. Alhamdulillah Allah telah beri saya peluang menikmatinya lebih 30 tahun. Mungkin ada yang kata saya mengada-ngada. Terpulanglah, bila saya sakit bukan ada sesiapa yang boleh tolong rasa dan tanggung. Bila sudah terkena diri sendiri baru tahu apa rasanya.
Ada satu kegemaran yang saya harap tidak akan luntur. Saya suka buku. Setiap kali acara bulanan 'shopping' ke bandaraya Johor Bahru atau ke kedai buku, saya pasti akan membeli buku. Saya galakkan juga anak memilih apa juga buku yang diminatinya. Malah saya pernah membelikan anak saya buku 'magic' yang berharga melebihi RM150.00. Tidak rugi memiliki buku dan menambah ilmu. Ilmu itu kuasa kan? Bermula dari minat terhadap 'magic', dia mula minat kepada eksperimen fizik yang tentunya 'magic' juga. Magic yang ada konsep sains disebaliknya.
Ada satu bilik di rumah saya yang telah diubah suai menjadi ruang khas untuk buku. Mungkin saya perlu menimbangkan untuk membina rak buku dari syiling ke lantai. Buku dah makin bertambah dan ruang penyimpanan semakin kurang. Nak pinjam buku saya? Hmm...saya agak kedekut sedikit tentang buku ni. Mengapa? Sebab ramai yang pinjam tetapi tak ramai yang pulang. Tu yang malas tu. Bukan tidak boleh beli yang lain. Boleh dan saya mampu tetapi setiap buah buku saya ada nilai sentimentalnya. Ni bukan jiwang karat tetapi itulah nilai setiap buku milik saya. Maka suka hati sayalah...
Buku adalah sesuatu yang boleh mengajak minda dan hati kita berbicara tentang ilmu. Mungkin kita tidak berpeluang bertemu dengan penulis-penulis, para ilmuwan dan cendekiawan hebat seperti Dr HM Tuah, Dato' Dr Mohd Fazilah b Kamsah, Dr Aidh b Abdullah Al-Qarni, Dr Danial Zainal Abidin, En. Abd. Jalil Ali (sekadar menyebut beberapa nama) dan ramai lagi tetapi melalui tulisan-tulisan mereka, saya seperti berinteraksi dengan mereka.Daripada pembacaan akan bertambah matang dan rasional pemikiran kita. Mudah-mudahan insyaAllah. Bukankah kita diseru untuk banyak membaca dan menuntut ilmu?
Apa lagi saya nak buat sepanjang cuti sekolah ni? Bukan apa lagi tetapi banyak lagi. Mudah-mudahan Allah beri kesempatan dan memudahkan urusan saya. Sampai di sini…dan jumpa lagi.

Friday, May 29, 2009

Selamat bercuti...

Selamat bercuti. Horey!.....Itu sorakan para pelajar selepas tamat kertas terakhir peperiksaan pertengahan tahun tadi. Semua tersenyum dan lega. Guru-guru juga tersenyum. Sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu kami tidak perlu hadir ke sekolah berpakaian rasmi dan masuk ke kelas mengikut jadual yang ditetapkan. Sekurang-kurangnya untuk dua minggu ini kami tidak perlu melihat wajah-wajah yang kadang kala mencabar kesabaran kami. Yang saya yakin dan pasti, di rumah guru-guru ada bertimbun-timbun kertas peperiksaan untuk di tanda. Guru-guru hanya tidak perlu ke sekolah secara rasmi tetapi masih lagi menjalankan tugas-tugas rasmi berkaitan sekolah dan pelajar.
Dalam minggu ini, tiga hari saya menjalankan tugas dan tanggungjawab di luar sekolah dan daerah. Isnin dan Selasa pemantauan PBS Sains, Rabu pula mesyuarat panel perunding mata pelajaran di Kluang. Kesemuanya berkaitan P&P dan pentaksiran mata pelajaran Kimia. Letih tetapi amanah yang diberi tetap perlu dilaksanakan.
Pelbagai manusia dan cerita yang saya terima. Ada positif dan ada negatif. Biasalah..adat kehidupan. Yang baik kita jadikan panduan, yang kurang baik dijadikan teladan. Sebagai manusia tiada yang sempurna, terima kelemahan dan kekurangan diri tetapi jangan digunakan sebagai alasan apabila tiada kejayaan yang dicapai. Kita perlu kreatif mencari dan merebut peluang. Daripada perbezaan yang Allah beri pada setiap manusia menjadikan kita semua saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Khamis, 28 Mei 2009 adalah sambutan hari guru peringkat daerah Pontian. Kad jemputan yang saya terima bersama beberapa orang rakan membuat saya berfikir berkali-kali sekiranya tidak hadir. Kad yang tertera nama khusus untuk saya membuat saya dan beberapa orang rakan GC tidak sampai hati untuk menghampakan jemputan.


Sememangnya guru-guru patut menghadirkan diri lagipun sambutan itu adalah untuk kami. Siapa lagi yang patut mengisi dan memeriahkannya sekiranya bukan guru-guru sendiri. Yang mengejutkan dan menggembirakan saya adalah kehadiran sifu saya yang merupakan bekas GC Kimia Johor. Kini beliau adalah pengarah IPG di Ipoh. Seorang yang hebat. Ketika saya baru mula belajar untuk menjadi guru, beliau adalah salah seorang guru, rakan dan pembimbing. Berada di barisan hadapan dalam subjek kimia. Sekarang saya cuba mengisi dan menjalankan amanah di barisan yang ditinggalkannya. Masih sempat beri saya galakan, ‘teruskan…’. InsyaAllah.
Hari ini pastinya yang dinantikan oleh semua yang bergelar pelajar dan guru. Mengira detik-detik menjelang 12.10 tengahari untuk menamatkan semester pertama persekolahan. Alhamdulillah…. Tiba juga akhirnya peluang untuk melunjurkan kaki dan membetulkan urat-urat saraf yang dah mula tegang. Tiba juga masa untuk saya menyiapkan semua tugasan yang ada dan menarik nafas lega sekurang-kurangnya untuk seketika.
Dan pastinya seseorang telah buat senyum saya tambah lebar dan hati makin kembang untuk menghadapi cuti ini. Selalu memberi keyakinan dan semangat untuk saya terus maju. Indah dan seronok apabila menyedari bahawa kita diingati kan? Tidak kira siapa pun, ingatan daripada seseorang amat berharga. Nikmati setiap saat bahagia yang Allah kurnia. Semoga bahagia akan menjadi milik kita semua....Selamat bercuti....

Monday, May 25, 2009

Lasernya....

Salam sejahtera... Terima kasih kepada guest yang tidak mahu dikenali. Jaga maruah rakan sekerja? Saya sedang memikirkannya. Ada ke saya sebut nama rakan sekerja, nama sekolah dan mencemarkan maruahnya dilaman blog saya? Nama saja blog. Perlu difahami fungsi dan kegunaannya, meluahkan idea dan pandangan sendiri. Saya cuma mahu berkongsi pengalaman hidup yang saya lalui. Salah ke?
Bukan tidak menerima pandangan orang lain, saya terima dan memikirkannya. Saya tahu saya dikategorikan sebagai seorang yang 'laser'. Itu sudah lama saya tahu. Malah ada yang dengan jujur dan ikhlas menyatakan "anda laser tetapi laser anda bukan sebarangan atau kepada semua orang. Laser anda kepada yang melakukan kesalahan.". Terima kasih atas pandangan jujur dan ikhlas tersebut. Jadi kepada yang menganggap saya telah menjatuhkan maruahnya bermakna anda pernah terkena 'pancaran laser' saya dan ini bermakna anda telah melakukan kesalahan yang berulang kali. Fikirkan juga la...
Seperti En Azizul Rahman GC GKC katakan, kita selalu suka cakap berlapik, nak jaga hati orang kononnya, kalau dah salah, katakan saja salah. Memang orang Melayu cakap berlapik, semua ada lapik siap bunga-bunga lagi hinggakan apa yang ingin kita sampaikan tak tersampai. Tak difahami dengan jelas. Maka bagi orang yang tak faham atau buat-buat tak faham akan buat lagi apa yang kurang betul. Adakah lebih salah orang yang menyampaikan sesuatu dengan jelas tanpa berlapik-lapik benbanding dengan orang yang asyik mengulangi perkara yang tak berapa betul berkali-kali?
Saya memang bukan jenis wanita berlemah dan berlembut. Jika saya jenis sedemikian saya tidak jadi seperti apa saya jadi hari ini. Bukan berbangga atau berlagak tetapi sememangnya bukan mudah menjadi ibu tunggal atau bahasa lembutnya janda dalam masyarakat Melayu. Seorang lelaki melayu dengan ikhlas menyatakan, masyarakat melayu masih memandang negatif wanita janda yang kematian suami malah lebih negatif kepada janda yang diceraikan suami. Buat apa semua serba tak kena. Saya yang kasar dan laser ni pun ramai yang datang mencuba bayangkan jika saya seorang yang berlemah dan berlembut....pasti ramai tak cukup mulut untuk mengata.
Tentang lelaki melayu yang saya jumpa, beliau beristeri dua. Tahniah. Anda sememangnya hebat. Dari cerita beliau nampak seorang yang adil. Malangnya saya tidak berpeluang bertanya kepada isteri-isterinya. Lelaki sebenarnya tidak boleh berlaku adil. Itu kenyataan suami beristeri dua tadi dan bila ditanya yang mana satu yang lebih disayangi, jawapannya adalah isteri pertama. Terpulang apa pun tujuannya berpoligami, itu ketentuan dan suratan yang tertulis. Saya tidak memandangnya sebagai negatif. Pertemuan saya dengan lelaki ini pun sebagai suratan. Ada sesuatu yang Allah mahu saya fikir dan pertimbangkan. InsyaAllah..saya akan pertimbangkannya apabila telah sampai masanya...
Ada sesuatu yang saya kurang setuju pandangan suami beristeri dua ni. Pandangan beliau yang saya tidak perlu melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. untuk wanita seperti saya cukuplah hanya ijazah sarjana muda. Orang berkerjaya profesional dan GC seperti saya jika ditambah dengan dengan ijazah sarjana nanti lelaki tak berani nak dekat. Persoalannya, perlukah saya mengorbankan apa yang saya mahu semata-mata kerana lelaki yang entah siapa yang saya belum kenali, yang belum muncul dalam hidup saya dan belum tentu tahu menghargai dan membuat hidup saya dan anak bahagia? Saya tidak akan mengorbankan sesuatu yang saya miliki semata-mata untuk sesuatu yang belum pasti. Tak salah kan? Hak saya. Selama ini pun saya hidup atas kaki sendiri dengan bantuan keluarga. Sekiranya lelaki yang bakal muncul itu ikhlas, maka terimalah saya seadanya. Tidak perlu rasa rendah diri atau rasa nak besarkan ego yang dah sedia besar tu.
Seorang lelaki baik yang saya kenal dan mengenali saya sentiasa memberikan saya semangat dan perangsang untuk saya terus maju dan meningkatkan diri. Dengan lembut sabarnya menyatakan "InsyaAllah boleh...". maka hati mana yang tidak cair? Dan saya sentiasa mendoakan agar beliau diberikan kesihatan yang baik dan terus diberkati Allah sekeluarga. Amin....

Sunday, May 24, 2009

Kehidupan...

Salam untuk semua pembaca budiman. Ruangan kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dan pandangan tentang lelaki, perempuan, pertemuan dan perhubungan.
Pada ruangan lepas, saya ada bercerita tentang seorang lelaki yang boleh dikategorikan gelojoh (maaf kepada lelaki). Mengaku mengenali saya dan sebelum berjumpa sudah ajak berkahwin. Gila! Ini bukan zaman datuk nenek kita yang orang perempuan terima pinangan tanpa mengenali siapa lelaki tersebut terutama wanita seperti saya yang pernah melalui alam rumah tangga yang penuh liku dan mengenali ramai lelaki (kenal sebagai rakan sekerja). Kata seorang teman rapat," You kenal ramai tuan haji, mana boleh orang tu ambik you just like that!". Saya tergelak besar mendengarnya. Kedengaran lucu tapi ada benarnya. Bukanlah bermaksud tuan-tuan haji tu semua boyfriend saya tapi bermaksud saya mengenali ramai lelaki-lelaki baik yang sama-sama dalam bidang perguruan dan memahami tugas guru maka saya perlu pertimbangkan lelaki bagaimana yang sesuai sebagai calon suami agar pisang tidak berbuah dua kali.
Perkenalan dengan lelaki tersebut cukup tiga hari sahaja. Saya tamatkan dengan segera. Gerak hati mengatakan lelaki tersebut tidak jujur. Benar dan tepat. Hasil perkongsian maklumat bersama rakan-rakan lain, lelaki tersebut mencari wanita berkerjaya yang telah mantap tetapi belum bersuami atau bersuami lagi untuk dijadikan mangsa. Tentu sekali wangnya. Seorang guru wanita telah ditipu sebanyak RM130,000.00 hasil perkenalan 3 minggu. Itu yang dapat kami kesan, maka dengan segera kami sebarkan sms untuk membantu rakan-rakan lain agar tidak tertipu. Khabarnya lelaki tersebut dalam perhatian pihak polis.
Bagaimana guru tersebut boleh tertipu? Kesian dan simpati. Tidak dinafikan lelaki penipu tadi bijak memanipulasi wanita dengan kata-kata. Untuk wanita yang tidak pernah bersuami atau mungkin tidak pernah memiliki teman lelaki akan cepat terpedaya. Antara tipu helah lelaki tersebut:
1. Membahasakan diri sebagai ‘abang’. Geli geleman dan rasa nak termuntah.
2. Memanggil mangsa sebagai ‘sayang’. Berbulu rasa telinga..
3. Memuji-muji mangsa sebagai cantik, baik dan pemurah dari segi wang ringgit.
4. Menunjuk-nunjuk wangnya yang banyak dan menebal.
5. Cuba membelikan mangsa hadiah berupa barang kemas menggunakan kad kredit mangsa dan menyatakan akan memberi wangnya kepada mangsa untuk membayar kad kredit tersebut.
6. Merayu untuk berjumpa lagi.
7. Mengaku sebagai seorang kontraktor dan ada syarikat sendiri di KL.
8. Mengaku bujang. Jangan lupa itu adalah elemen penting menipu wanita.
9. Cuba mengawal mangsa agar setia sebagai kekasih dan isteri.
10. Apabila tempoh lama perkenalan berlaku, memujuk mangsa meminjamkan wang kononnya syarikat bermasalah.
11. Menghalang mangsa daripada membawa rakan ketika berjumpa.
12. Mengadakan perjumpaan bukan di khalayak ramai. Bimbang di kesan.

Sebenarnya lelaki yang baik dan ikhlas tidak akan terburu-buru atau gelojoh. Lelaki yang baik, yang mendirikan solat, kenal diri dan ingat Allah tidak ada ciri-ciri di atas. Seperti En. Abd. Jalil Ali menulis dalam bukunya ‘Teh Tarik Kurang Manis’: Cinta tidak perlu di ucap tetapi dapat dirasa terus ke dalam hati. Lelaki yang baik tidak akan mengambil kesempatan dalam apa bentuk sekalipun samada wang ringgit atau tubuh badan. Cinta yang tumbuh dari keikhlasan akan dapat dirasa oleh minda dan jiwa. Tidak perlu berjumpa atau menelefon selalu. Tidak perlu ungkapan kata bermadah. Pertanyaan ‘Dah makan?’ pun boleh buat lidah kelu untuk menjawab. Tapi bukan dengan semua orang lidah akan kelu menjawab. Hanya dengan si dia yang istimewa sahaja. Jangan pulak ada orang lain selepas asyik bertanya ‘dah makan?’ saja. Menyampah la pulak nak menjawab. Kalau anda rasa anda bukan si dia, tak payah la nak sibuk-sibuk ‘test market’.

Berbalik kepada lelaki yang berniat jahat tadi, bila saya ‘reject’ dia, berbakul-bakul sumpah dia. Macam-macam dia mengata. Antaranya:

  1. Saya perempuan pemilih sebab tu sampai sekarang tak kawin-kawin.
    Suka hati saya nak jadi pemilih atau tidak. Saya tidak membebankan sesiapa pun. Saya ada rumah, kereta dan kerja tetap. Tidak pernah minta duit pada sesiapapun. Yang dia susah apahal? Tak pernah merengek-rengek minta orang hantar kesana-sini pun. Pandai pergi sendiri malah selalunya ajak orang lain naik kereta saya. Jimatkan ruang meletak kereta dan tentunya bantu rakan jimat petrol. Perbuatan baik akan dibalas baik.
  2. Saya perempuan kedekut. Berkira sangat tentang duit.
    Duit saya woi…suka saya nak beri pada siapa pun. Yang penting bukan pada lelaki jahat seperti dia. Selalunya saya kongsi apa yang saya ada untuk ahli keluarga dan rakan-rakan. Dia siapa nak menilai saya?

    3. Saya berlagak dan bangga dengan diri saya.
    Untuk lelaki seperti dia saya memang perlu menyatakan siapa diri saya. Saya telah berusaha bersungguh-sungguh dan untuk mencapai ke tahap ini bukan mudah. Maka sesiapa yang ‘teringin’ sangat nak hidup dengan saya perlu tahu siapa saya dan bagaimana saya bekerja kerana saya tidak akan mengorbankan apa yang saya ada untuk sesuatu yang tidak berbaloi.

    4. Tuhan akan balas perbuatan saya.
    Kah! Kah! Kah!..saya rasa Allah pasti akan balas perbuatan dia menipu wanita. Tentang perbuatan saya ‘reject’ dia, huh! Allah melindungi saya dari lelaki jahat. Bukankah doa adalah senjata orang Islam?


    Saya faham bukan semua wanita ‘kebal’ untuk hidup tanpa suami. Doa dan minta yang terbaik daripada Allah. Perlu diingat bukan semua wanita bersuami bahagia. Yang memendam rasa lebih ramai. Menjadi isteri tetapi membawa tugas suami amat ramai. Ramai juga yang cemburu dengan golongan seperti saya, Tiada siapa yang minta duit, boleh belanja mengikut kehendak hati, bebas kemana tiada siapa larang. Yang penting tahu menjaga batas agama. Bukan menolak perkahwinan tetapi menolak orang yang cuba mengambil kesempatan. Saya yakin bila tiba masanya, berjumpa orangnya pasti pintu hati akan terbuka. Pada rakan-rakan wanita yang masih solo, jangan terburu-buru, teliti dan pertimbangkan. Jangan nanti yang di kejar tak dapat tapi akhirnya memikul biawak hidup. Biar lambat berjumpa atau singkat waktu bersama tapi kita hidup bahagia. Alah…bukan sedap sangat pun kuih batang buruk tu….

Saturday, May 23, 2009

Kita adalah.....

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika kita berfikir untuk menjadi seorang yang positif maka positiflah kita. Sentiasa berbaik sangka dan menilai orang melalui sudut pandangan yang positif. Menerima apa juga tugasan dan arahan daripada ketua atau pihak atasan dengan hati yang lapang dan tanpa sebarang alasan, kita menghasilkan sesuatu yang amat hebat. Pastinya mengharapkan balasan daripada Allah sahaja.

Kita adalah apa yang kita kerjakan. Jika kerja kita menangkap ikan, bukan kerana hobi tetapi sebagai sumber rezeki maka kita dipanggil nelayan. Jika kerja kita menyediakan hidangan maka kita dipanggil tukang masak atau yang lebih profesional dipanggil chef, tidak kira sedap, memenuhi citarasa orang lain atau tidak. Perlu diingat citarasa dan kehendak manusia berbeza. Semalam saya memerhatikan seorang penjual akhbar berketurunan cina. Begitu teliti melipat akhbar dan menyusun kemas di atas meja. Sesekali melayan pelanggan dengan bergerak ke arah kereta, motor atau basikal yang berhenti untuk membeli akhbarnya. Penuh ramah dan beretika kerjanya. Beliau menghormati kerjanya walaupun hanya sebagai penjual akhbar dan saya melihatnya sebagai seorang yang mempunyai harga diri yang tinggi.

Kita adalah apa yang kita pakai. Betul kan? Tidak mungkin seorang guru datang ke sekolah dengan rambut berwarna-warni macam sesumpah atau telinga bertindik dari hujung ke hujung. Pakaian juga menggambarkan siapa kita. Wanita berusia 40an tidak sesuai rasanya berpakaian seperti gadis remaja yang terkinja-kinja macam tak cukup akal. Jangankan pakaian, wanita 40an juga tidak sesuai memakai kasut yang dipakai anak remaja. Janggal kelihatannya. Saya terlihat seorang wanita, mungkin berumur sekitar 45 tahun berpakaian seperti gadis berusia 25 tahun. Hilang keanggunannya...tidak sesuai. Bentuk geografi tubuh dah berubah. Itu hakikat yang semua orang kena terima. Tidak ada manusia yang tidak akan tua.

Kita adalah apa yang kita makan. Tepat dan jelas. Waktu muda kita boleh makan apa saja samada bergula, berlemak dan macam-macam lagi. Apabila usia meningkat, banyak penyakit semakin dekat maka banyak makanan perlu di sukat, banyak juga aktiviti yang perlu disekat. Maka jagalah kesihatan, lakukan senaman dan cari ruang dan masa untuk kebaikan diri sendiri. Memang sukar mencari masa kerana beban tugas yang banyak. Semakin meningkat usia, meningkat juga pendapatan maka tugasan semakin meningkat dan kita amat diharap menunjukkan prestasi yang jauh meningkat. Sekali lagi, cari ruang masa untuk diri sendiri kerana tiada orang lain yang lebih menyayangi diri kita kecuali diri kita sendiri...

Kita adalah.....apa-apa ajalah.... Untuk gorgonzila....(bunyi macam gozila.....)...terima kasih la sentiasa membaca tulisan-tulisan saya dalam blog ni. Setakat meminati tulisan je tidak mengapa jangan meminati orangnya....pening nak layan...

Thursday, May 21, 2009

Apa...pengalaman....hari ini....




Apa kebaikan (bagi saya) yang telah saya lakukan...



Pagi-pagi lagi dapat kelas 'relief' 5SS3. Tak pernah masuk atau mengajar kelas ni. Tak tahu bagaimana kerenah pelaja-pelajarnya. Masuk ke kelas saja, sampah banyak di atas lantai dan kerusi meja bersepah-sepah. Para pelajar hanya berbual-bual dan tidak peduli tentang kebersihan kelas. Ketua kelas tidak hadir tetapi penolongnya ada. Dengan bantuan penolong ketua kelas, beberapa orang pelajar perempuan cina mengambil penyapu dan penyodok sampah dan membersihkan kelas. Lagi bersemangat apabila gambar mereka di ambil Hasilnya, kelas lebih bersih, kemas dan teratur. Para pelajar juga lebih ceria dan gembira.



Alhamdulilah...tetapi baru saja nak meraikannya, panggilan telefon daripada ketua bidang, khidmat 'relief' lebih diperlukan di kelas lain yang ada peperiksaan. Sempat tinggalkan pesanan jaga kelas elok-elok kepada penolong ketua kelas dengan tanda 'ok' isyarat jari dan senyum.
Pengajaran: Pelajar dan guru adalah manusia yang punya hati dan perasaan. Perlu dibimbing dan membimbing, hormat menghormati dan sayang menyayangi. Semoga mereka semua akan terus memperbaiki diri untuk jadi orang baik dan berhati mulia serta ikhlas.
Tahniah 5SS3.



Apa kesebalan yang berlaku....



Hari khamis adalah hari untuk GC yak-yak yea (ya ke?). Itu tanggapan sesetengah pihak. Sebenarnya hari ini hari untuk GC memberikan khidmat bantu ke sekolah-sekolah yang diperlukan ataupun hari untuk kami berjumpa dan menjalankan aktiviti untuk memantapkan diri. Khidmat bantu, bunyi macam amat diperlukan. PPD dan JKD minta kami bantu itu dan ini tetapi bila tiba masanya, kehadiran kami ke sekolah-sekolah yang ditetapkan tidak dialu-alukan. Malah sekolah yang pengetuanya menjadi pengerusi JKD GC pun tak senang dengan kehadiran kami, walhal dia juga yang minta kami datang. Sabar je la..



Hari ni kami berkumpul lagi di PKG bandar Pontian. Yang hadir cuma 3 orang. Cuba untuk kemas bilik gerakan MGC baru kami yang tak ubah macam stor. Maklum la bilik lama dah 'dirampas'. Bila cuba bertanya kepada petugas PKG bagaimana boleh kami dapatkan peralatan seperti meja dan rak, dengan sedap menjawab "Beli sendiri la". Amboi! sedap bahasa. Saya pun jawab,"Kalau macam ni saya nak mengadu kepada pengarah". Jangan ingat dia seorang je boleh jawab sesedap bahasa, saya lagi pantas membalas sesedap rasa dan bertindak sepantas masa... Jangan nanti jadi 'buku bertemu ruas'.Bila nampak orang bercakap di telefon, kelam kabut pula nak dengar apa butir bicara... Tahu takut...lain kali jaga bicara... (tak sempat lak nak ambil gambar orang tu....tak sempat atau tak ingin?)

Pengajaran: Berfikir sebelum berbicara...

Apa keseronokan hari ini....



Petang tadi ke kedai ikan hiasan. Menambah koleksi ikan hiasan tentunya. Selama ini saya ingat ikan emas tentulah berwarna emas rupa-rupanya ada juga berwarna hitam. Cantik. Lebih mahal dari ikan emas biasa. Maklumlah 'emas hitam' kan memang mahal dan lebih diperlukan.. Rasa tenang dan seronok melihat ikan berenang-renang...tentunya dalam air. Cuba bayangkan kita berenang-renang dalam air....seronoknya...terutama di waktu cuaca panas seperti sekarang.. Jangan pulak cuba bayangkan pakaian apa yang dipakai...
Pengajaran: Seronok jadi ikan....tak payah asyik-asyik dipanggil pergi mesyuarat...

Tuesday, May 19, 2009

Sambutan hari guru dan guru lagi...





Hi...Salam perpaduan...Semalam sambutan hari guru di sekolah. Alhamdulilah semua agak lancar walaupun banyak yang tak berapa nak lancar. Tak mengapa, kami sebagai guru di sekolah biasa ini sedia menerima apa saja seadanya termasuk anak-anak murid yang luar biasa.Sekali lagi kami guru-guru syok sendiri lagi.
Seperti yang dijangka hanya sebilangan kecil yang hadir.Sebilangan besar tidak anggap hari guru begitu bermakna kepada mereka untuk meraikan orang-orang yang begitu gigih berusaha untuk kejayaan masa depan mereka dan untuk memastikan mereka lebih berilmu dan bersedia menghadapi dunia yang lebih mencabar. Jadi tidak hairan jika ramai guru semakin 'malas' untuk ambil tahu hal anak murid mereka.
Mungkin juga tradisi menyambut hari guru di sekolah bersama-sama anak murid perlu diubah. Jadikan hari guru sebagai hari cuti khas untuk guru SAHAJA. Guru-guru TIDAK dibenarkan langsung melakukan tugasan seperti selalu. Hanya berehat dan bersantai sahaja.Lagi bagus guru-guru diberikan kad diskaun untuk pergi merawat diri dan merehatkan minda di spa. Hanya 1 hari sahaja. Huh! Saya yakin ramai mahu menjadi guru.
Anak-anak murid? Mereka kan ada ibu bapa? Untuk 1 hari, cuba pula ibu bapa jaga dan ajar anak-anak mereka di rumah atau mungkin di sekolah. Gantikan peranan guru untuk 1 hari. Mungkin bagus juga sesekali dipanggil ibu bapa yang paling banyak komplen dan tidak puas hati dengan guru-guru agar datang ke sekolah. Jadilah guru disiplin atau apa-apa guru sekalipun. Agak-agak apa jadi?
Sambutan hari guru tahun ni agak sederhana. Maklumlah di zaman ekonomi malap, semua pun jadi malap. Kebetulan Pengerusi Bilik Guru kami orang akaun, hebat dalam percaturan ekonomi. Yang gemerlap adalah baju-baju guru wanita. Sakan bergaya...seronok rasanya..hari kami kan? Jadi apa salahnya satu hari dalam setahun datang sekolah dengan begitu bergaya. Lebih anggun dan glamor daripada seorang bintang. Maklumlah kami bukan lagi lilin. Lampu elektrik? Tidak juga. Kami adalah bintang-bintang yang menyerikan kehidupan di alam persekolahan untuk insan-insan yang dahagakan bimbingan dan panduan untuk menghadapi kehidupan yang penuh cabaran.
Saya tidak mengharapkan hadiah daripada anak murid tetapi apabila pagi-pagi lagi pintu rumah diketuk dan terjongol anak murid di depan muka pintu menyerahkan sejambak bunga...terasa kembang hati. Ada juga yang menghargai gurunya. Terima kasih Amira. Semoga dia akan berjaya dalam apa jua bidang dan urusannya.
Kepada semua anak-anak murid yang masih punya guru dan masih berguru...Hargailah guru..

Sunday, May 17, 2009

Guru dan sambutan hari guru

Salam perpaduan.. Salam sejahtera untuk semua. Esok, hari isnin, 18 Mei 2009 merupakan sambutan hari guru di sekolah-sekolah. Tidak pasti adakah semua sekolah di Malaysia atau Johor sahaja. Yang pasti esok sambutan hari guru di sekolah saya bersama-sama rakan guru dan para pelajar.
Yang paling pasti, esok pasti kurang dari 10 % pelajar yang hadir. Bilangan pelajar di sekolah saya lebih kurang seramai 2600 orang dan yang datang esok pasti kurang dari 200 orang. Maklumlah datang sekolah pun bukannya belajar. Main saja dan cikgu ada aktiviti-aktiviti tertentu untuk meraikan diri sendiri. Yang peliknya waktu hari-hari biasa yang datang sekolah untuk belajar pun pelajar ramai ponteng. Alasannya pasti macam-macam. Semua kesalahan pastinya dituju dan dibebankan kepada guru. Antara kesalahan-kesalahan guru:

A. Pelajar selalu ponteng sekolah: 1. Cikgu tidak pandai tarik minat pelajar untuk datang sekolah. 2. Cikgu asyik tidak masuk kelas. 3. P&P cikgu tidak menarik. 4. Cikgu terlalu garang dan tidak mesra pelajar.

B. Pelajar tidak membuat kerja sekolah (homework): 1. Cikgu tak bagi kerja sekolah. 2. Cikgu malas. 3. Cikgu bagi banyak sangat kerja sekolah. 4. Cikgu tak pandai terangkan maka anak murid tak faham.

C. Pelajar gagal dalam mata pelajaran atau peperiksaan: 1. Cikgu tak pandai ajar. 2. Cikgu tak pandai buat soalan. 3. Cikgu tak pandai tanda jawapan. 4. Cikgu tak ajar pun topik yang nak keluar.

D. Pelajar melakukan banyak salah laku dan disiplin buruk: 1. Cikgu tak jalankan tugas disiplin. 2. Cikgu 'provoke' pelajar untuk lakukan salah laku disiplin. 3. Cikgu tak kawal pelajar betul-betul. 4. Cikgu kasar dengan pelajar.
Sebenarnya banyak lagi kesalahan dan masalah pelajar dibebankan kepada guru. Semuanya dibebankan di bahu guru-guru. Di mana peranan ibu bapa? Berapa jam anak-anak di sekolah dan berapa jam di rumah? Bila anak-anak lahir, orang pertama yang sambut guru atau ibu dan bapa? Berapa tahun di rumah bersama ibu bapa sebelum bertemu guru? Lain la kalau memang anak dilahirkan oleh ibu atau bapanya yang juga seorang guru.
Berbalik kepada hari guru esok, kami gembira meraikannya. Tidak mengharapkan hadiah daripada anak-anak murid atau pelajar. Cukuplah ucapan 'terima kasih cikgu' dan 'selamat hari guru'. Kalau itupun dikira terlalu mahal untuk diluahkan oleh anak-anak murid, tidak mengapalah. Tapi harap-harap jangan persoalkan kenapa cikgu payah sangat nak ucap 'tahniah' pada anak murid. Kah3!... Agak-agak macam tu ke? Sudah tentu tidak, guru tetap guru, sentiasa memaafkan tetapi jika anak murid sudah tak mengaku guru dan boleh mengata macam-macam tentang BEKAS gurunya...rasanya nak pandang muka BEKAS anak murid pun malas. Pandai-pandai la nak hidup.
Perlu diingat cikgu pun manusia juga. Ada hati dan perasaan.. Salam hari guru....

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru...

Salam perpaduan. Selamat pagi cikgu-cikgu. Cikgu atau guru? Perkataan berbeza yang sama makna. Kalau saya silap harap cikgu BM tolong betulkan. Hari ini 16 Mei 2009. Alhamdulillah hari kita la... Bersyukur Allah tentukan saya jadi guru. Saya ingin kongsi pengalaman bersama agar boleh dijadikan iktibar untuk rakan-rakan yang membaca blog saya ni.
Kisahnya bermula begini, empat hari lepas seorang lelaki menelefon, saya fikir mungkin ada rakan-rakan cikgu yang ada urusan dengan saya maka saya layan dengan baik. Tetapi niat orang tu lain, nak berkenalan dan nak kahwin dengan saya. Saya jadi pelik dan naik hairan, siapa lelaki ini. Beliau mendakwa telah lama mengenali saya melalui anak buahnya yang saya ajar dan kakak angkatnya yang mengajar di sekolah saya.
Sebagai guru, kita mempunyai ciri-ciri suka mendengar, memerhati, menerangkan, menyelesaikan masalah, memberi peluang dan macam-macam lagi. Ditambah lagi sifat suka menyiasat dan sifat ingin tahu yang kuat maka saya setuju untuk berjumpa. Macam-macam pemerhatian, inferens dan kesimpulan yang saya dapat. Maklumlah guru kimia. Antaranya seperti berikut:
1. Ada atau mungkin ramai orang beranggapan ibu tunggal seperti saya 'desperate' mendambakan suami.
Telah hampir 9 tahun saya memegang gelaran 'ibu tunggal'. Tiada masalah pun. Alhamdulillah Allah izin saya capai cita-cita untuk menjadi GC suatu hari nanti.Saya tanamkan tekad ini dalam hati ketika 'tersungkur' disingkirkan suami dulu. InsyaAllah saya akan sambung pelajaran peringkat sarjana julai ini.
2. Ramai orang yang tidak jujur dan ikhlas mengintai guru-guru dan melihat sebagai lubuk emas. Bukan kerana ilmunya tetapi kerana duitnya. Sebagai guru, kita bukan ada terlalu banyak duit tetapi kedudukan kita agak kebal di waktu kemelesetan ekonomi ni. Maka berhati-hatilah.
3. Biasanya orang lelaki (yang sengal) sebelum dapat puji kita melambung tinggi tapi bila tak dapat mula kata kita macam-macam. Garang, ego, tak pandai hormat orang, berlagak dan cakap nanti tiada siapa nak kat kita lagi.Siap doa Allah akan balas perbuatan kita sebab tolak dia. Dia keliru kot siapa yang tentukan jodoh dan rezeki orang. Yang penting duit saya tak terlepas kepada lelaki sengal ni. Maaf ya kepada semua lelaki-lelaki yang baik dan bertanggung jawab. Saya tahu anda wujud dan saya mengenali ramai lelaki-lelaki baik dan bertanggung jawab ni. Saya hormati anda semua sebagaimana anda menghormati wanita.
4. Ingat dan berserah kepada Allah selalu. Alhamdulilah setakat ini Allah lindungi saya daripada lelaki-lelaki durjana. Saya yakin kurnia Allah Maha Luas dan Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Orang yang bahagia bukanlah yang memiliki semua benda tetapi orang yang mensyukuri dan menghargai apa yang Allah beri. Saya mungkin dilihat tidak bahagia kerana tiada suami, terpulanglah..orang yang tidak bahagia boleh berjaya ke? Mungkin orang tak lihat apa yang saya ada sebagai kejayaan. Kejayaan adalah sesuatu yang abstrak. Bergantung dan mengikut kemampuan masing-masing. Dapat melipat kain setiap kali diangkat dari ampai pun satu kejayaan kan?...
5. Kepada semua rakan-rakan guru yang pernah gagal bercinta atau gagal dalam rumahtangga, usah putus asa dengan rahmat Allah. Allah ambil yang tidak baik dari kita untuk memberikan sesuatu yang lebih baik. Renungkanlah...

Akhir sekali, 'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA'....kitalah tu....jumpa lagi..Selamat Hari Guru...

Wednesday, May 13, 2009

Kejutan...

Assalamualaikum... hari ini seperti biasa kami GC meneruskan aktiviti pembinaan blog. Mudah-mudahan niat ikhlas dan usaha murni kami menjadi kenyataan. Amin..
Pada minggu lepas saya dikejutkan dengan sikap guru bekas anak murid yang merupakan guru baru. Minggu ini saya dapat maklumat lain. Guru tersebut menolak tugas mencabar tapi 'elit' di sekolah dan tugas mengajar mengikut opsyen. Beliau lebih berminat dengan 'bola'. Saya tergelak besar. GPK Koku saya pun tergelak. Pandangan beliau: Huh! Budak hingusan yang belum matang. Pandangan guru-guru lain: Masa sekolah dulu tak main bola pun... Tak apalah.. masa berubah, manusia pun berubah maka minat pun berubah. Moga-moga dia menjadi guru bola yang berjaya. Kah3! Opps!...saya masih mendoakan kejayaannya walaupun beliau menyatakan beliau BUKAN LAGI ANAK MURID SAYA.... Apa-apalah....

Wednesday, May 6, 2009

Sabar....

Sabar adalah sebahagian daripada iman. Memang perlu keimanan yang tinggi untuk menjadi sabar. Mudah-mudahan Allah terus berikan kita peluang untuk menjadi sabar. Jadi guru perlu sabar. Betul. Jadi guru cemerlang perlu lebih sabar. Amat betul. Tapi bukan bermakna boleh ditengking oleh guru baru yang belum pun setahun berkhidmat semata-mata kerana egonya tidak mahu sama-sama turun padang membantu anak-anak murid belajar. Tambahan lagi guru tersebut adalah bekas anak murid. Tidak bersyukur dan menghargai apa yang Allah kurnia. Dulu saya sendirian mencari kaedah terbaik supaya anak-anak murid dapat yang terbaik. Alhamdulilah rakan-rakan guru senior di sekolah lain sudi dan banyak membantu. Berbalik kepada guru bekas anak murid tadi....mahu dibantu untuk menjadi yang lebih baik pun tak mahu. Tidak mengapalah....ramai lagi guru-guru baru di luar sana yang memerlukan khidmat bantu saya. Saya tanpa bantuan guru bekas anak murid insyaAllah akan terus mara ke hadapan.. Persoalannya...Siapa untung dan siapa rugi?..... Patutlah ada pengetua cemerlang dan guru besar cemerlang mengeluh tentang kerenah guru-guru baru...

Friday, May 1, 2009

Guna kesempatan...


Hi...hari ni hari buruh, labour day.... Cuti umum. Ramai bertanya "cuti ni kemana?". Agak keliru untuk menjawab. Cuti bila? Cuti sekolah yang panjang ke? Kalau setakat cuti 3 hari ni macam tak boleh nak kemana-mana. Apa lagi nak buat? Guna kesempatan ini untuk menyiapkan tugasan dan kerja sekolah yang ada. Anak pun dah tak kisah nak bercuti atau tidak. Dah biasa dengan mak yang asyik mengadap kerja. Kadang-kadang tak terjangka, cuti satu hari pun boleh pergi berjalan. Tak kira kemana pun, yang penting kami seronok menghabiskan masa bersama dan bermakna. Hidup terlalu pendek untuk dipersiakan. Buat kerja betul-betul lepas tu boleh berehat dengan santai dan hati yang senang. Bukankah orang yang bahagia adalah orang yang tahu menghargai dan mensyukuri apa yang Allah beri..?

Thursday, April 30, 2009

Assalamualaikum...

Hi... Selamat datang ke blog saya. Hari ini saya mula belajar dan membina blog. Ilmu baru. Seronok walaupun ada tugasan baru yang diberi oleh PPD. Sibuk? Perkara biasa bagi seorang guru. Kerja, kerja, kerja...selagi belum tutup mata. Tidak mengapa, lihat dari sudut positif. Bila ada tugasan dan tanggungjawab baru bererti kita masih diberi kepercayaan untuk melaksanakan tugas dengan baik. Alah bisa tegal biasa...

Wednesday, April 29, 2009